pelangi

pelangi
Pelangi untuk dia

Tuesday, 17 December 2013

Doa-Doa Untuk Pengantin

Doa Untuk Pengantin...

Bagi sesiapa yang mencari doa-doa pengantin untuk diletakkan di dalam kad kad jemputan, boleh la pilih mana-mana yang sesuai..:

*****

Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.

*****

Ya Allah, satukanlah hati
....................&..................
dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah
yang sentiasa membantu.Mewahkanlah rezeki mereka dan
kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman
dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin

*****

Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.

*****

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon doa restu-mu, berkatilah majlis kami,
Semoga ianya berjalandengan sempurna sepertimana,
yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan
ini berkekalan buat selama-lamanya
serta berbahagia di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin

*****

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin

*****

Ya Allah Ya Tuhan kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
……………………………….. dengan ……………………………………
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika
dan seperti engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

*****




sumber gambar : google..


Tuesday, 3 December 2013

Website & geran GMBO RM1000

Hi all...
lately busy untuk menyiapkan website.. website ini khas untuk usahawan yang baru atau da lama menceburkan diri dalam bisnes online ni...

Apa yang menariknya... u all boleh apply rm1000 tau dari SKMM bila website korang da siap publish.. xperlu bayar balik.. siyesly... ini bukan pinjaman tau..  kira sebagai bantuan untuk korang kembangkan lagi bisnes korang.. terbaekk  beb...!!

tapi apa yang xbestnya... ni da bulan 12... yang mana, bulan terakhir korang nak mohon rm1000 ni..... act benda ni da start dari awal tahun lagi...  tapi lambat bertindak... adoiiii... apepun.. i da dapat.... now, help my friends n my siblings yang da ada bisnes n nak kembangkan bisness tu.... selagi belum hbis bulan 12 ni.. cepat2 la bertindak...

kalu nak ape2 info.. bleh tanya saya...^_^ saya akan bantu, in sya Allah... saya juga ada mik upah wat website tu tau.... xreti nak buat... saya sudi buatkan untuk anda... PM me ok... ^_^

ni adalah iklan nya yer.... syrt2 sume ada..  sila la tengok...hihihi... hope masih tak terlambat lg untuk anda mohon 1k ni yer... sape nak bg oooiiiii.....
tata....


Saturday, 5 October 2013

pixel bead...



ni la hasilnya malam tadi... tetibe rajin pulak menyusun bead2 ni menjadi zirafah dan encik donald duck....hehehehehehehe....^_^

comei tak?????

Saturday, 14 September 2013

CreamPuff...

Assalamualaikum...
Walaupun sekarang ni ngah demam.. tapi mood masih membara tuk menghasilkan creamy cream puff.... huhuhu.. gigih betul aku ni.. xsedo diri tu demam...huhuhu.. anyway, resepinya mudah... so sangat senang tuk menghasilkannya....^_^

layan la beberapa keping pic yang sempat di snap...


Ni la rupanya sebelum dibakar....



ni pulak setelah di bakar..^_^ 


Apabila Cream custard di isi ke dalam perut cream puff ni..
ngap ler apa lagi..hikhikhik






Sunday, 8 September 2013

Durian crepe...^_^

inilah  yang menjadi kegilaan ramai sedikit masa dahulu dan juga masih digilai sehingga sekarang...
rasanya yang enak ketika dimakan sejuk2... sehigga menjilat jari jemari ler....
...PECINTA DURIAN...
kali ni buat sendiri je.......yeay.... lai lai lai.....


sambil2 tu.. mintak jasa baik anda sume tuk click iklan di bawah ni.. terima kasih...^_^


Thursday, 29 August 2013

Ikan Ketutu

Abah i mmg suka gi mancing, paling suka kalu dapat ikan mentutu....mmg msak goreeng cili ler... 
ikan ni..isinya sgt lembut.. sedap sgt.. xhairanla klu harganya mahal...
kalu dpat.. xpernah dijual.. mmg puas makn sendiri jek...^_^

teringt mak cerita yang kawan mak teringin nak rasa ikan ni mcm mana rasanya.. katanya bila suami/anak nya gi mencing/menjala dapat ikan ini..pasti xsampai kerumah.. di jual.. sbb lumayan kan...kesian.. tapi abah i, utk anak-anak n isteri tercinta.. xde pun nak jual2.. makan la nak sampai puas...^_^ love u abah..!!!

bagi yang xtahu apa ikan ini,, boleh baca rencana di bawah...^_^






Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, ataupun ikan belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana.Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil. Ikan ini juga sangat popular dikalangan masyarakat cina. Walaupun rupa bentuk ikan ini sangat hodoh tetapi ia mempunyai banyak khasiat. Saya pun kurang pasti adakah benar atau tidak khasiat ikan ketutu ini menyamai khasiat gingseng, lingzhi, dan spirulina.Masakan yang popular bagi ikan ketutu ialah masak steam. Ikan ketutu juga merupakan diantara spesis ikan termahal kerana harganya mampu mencecah RM50 hingga RM80 sekilogram. Kalau dah siap dimasak pula boleh mencecah RM180 hingga RM200 sekilogram. Lepas nie korang boleh lah cari ikan nie ye.. ;)

Ikan pemangsa ini boleh didapati dikawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

sumber: klik sini

Tuesday, 20 August 2013

Alhamdulillah Rezeki Syawal....

Mungkin saya xdapat Bonus seperi orang yang kerja gov.....
tapi saya yakin rezeki itu Allah dah tentukan untuk setiap hambaNya...
Alhamdulillah...
Terbukti.... ada juga rezekiku di petang 13 Syawal ini...
Mungkin juga ini rezeki nak kawen kot...^_^
sumber gambar : www.google.com


Friday, 16 August 2013

Buah-Buahan

Alhamdulillah,

raya tahun ni rezeki wat kami sekeluarga ngn buah-buahan... dapatlah menjamu tetamu yang datang menjamu buah-buahan... durian, rambutan dan manggis....^_^ tak lupa juga buah markisa(bukan buah2an bermusim)

buah markisa...masih hijau..
klau da masak.. buat air pun sodap... mak  mmg rajin buat air markisa ni..klau orange org sebut fresh orange kan... so ini.. fresh markisa..yum yum yum...

Raja buah buahan...Durian

Manggis


Buah rambutan yang lupa nak snap gambar..ihihihihihi.... ada yang kuning... dan juga yang merah...^_^


Wednesday, 14 August 2013

CARA NAK BUAT AIR COND DENGAN MENGGUNAKAN KIPAS (SAVING STYLE)


JOM TENGOK CARA NAK BUAT PENGHAWA DINGIN DENGAN MENGGUNAKAN KIPAS
KELENGKAPAN

1 Kipas
2 Botol & air
3 Garam dimasukkan 3 sudu teh (untuk cepat beku kan ais. Lepas keluarkan botol air ia akan kad lambat cair )









LANGKAH 1 : Masukkan garam ke 2 2 botol air tersebut




LANGKAH 2 : Simpan botol air dalam peti ais sampai sejuk/beku



LANGKAH 3: Letakkan kedua dua botol yg dah sejuk/beku di depan kipas .



Siap dan rasailah udara yg nyaman seperti penyaman udara.




Botol sebiji pon boleh.





Botol sebiji pon boleh.
kad terkini

sumber : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=416044

Tuesday, 13 August 2013

REZEKI

REZEKI

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."
"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."
"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."
"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau xnak anak ke.."

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?
Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?
Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?
Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit. maka sebab itu dia masih tidak bekerja.
Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran. maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.
Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.

Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.

Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.

Ingatlah,
mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.
mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.
mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

Tuesday, 6 August 2013

Almond London

Ingat tak entry yang lepas pasal Almond London.....
Ha... kali ni, almond londonnya da siap di coating chocolate...
Alhamdulillah...  kueh raya tuk sendiri dan untuk adik-beradik....^_^


1. tuang coklat...
2. deco with white chocolate.. 
3. Adding Love Deco

4.masuk balang... siap!!!

=Pelangi Untuk Dia=


KERANA DIA SEORANG AYAH

KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] 


Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya,
"Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?"
"Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. 
"Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut 
"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. 
"Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", 
"Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, 
"Yang nie ok ke dik?" - 
"Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. 
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, 
"Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - 
"Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, 
"Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, 
"Cukup duit tadi dik?" - 
"Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah



sumber gambar : google



=Pelangi Untuk Dia=

Saturday, 3 August 2013

Blog Giveaway-August 2013-Jom Join

Ha.... nak cuba la give away ni.... boleh la berquilling pulak pas ni.... kalau ada rezeki kan....  rezeki akhir ramadan ni.....



=Pelangi Untuk Dia=

Demam VS Kerja

Demam VS Keje....

pagi smlm... kul 3pagi lebih.. bngun bngun menggigil2 badan kesejukan...  mmg gigil habis la..... dan terasa dah nak demam... sempat la telan panadol masa sahur...

dah la keje.... pulak tu turn keje sorang...adoi...... xlarat sangt rasa nak balik je.. tapi keje sorang.. xde yang boleh replace. terpaksa la keje jugak.. sampai tahap duk lantai sbb xlarat duk atas kusi.. wallawei....macam nak tombang jek rasa.... huaaaaaaaaaaaa....sedih..... kene keje jugak......

muka mmg tok sah nak cakap la.... mmg sememeh giler...hahahahhaah
sorry la yer..mmg xdapat nak membantu... rasa nak tido jek...  suhu 38.1 hhihihihi.... ni pagi(10.30am)... masa ni ok lagi.. gagah lagi la duk tegak..... pastu naik tghri... xkeruan da...kihkih... xplak amik suhu.. hahahaha


dari tghri jelum kepala ngn tuala basah.... akhirnya.... turun jugak suhu..... 37.2(4.15pm).. yehuuuu...akhirnya... tapi kepala still berpusing jugak ni.. rasa seram2 jugak badan... lama xdemam macam ni la....:P

=Pelangi Untuk Dia=


Thursday, 1 August 2013

Almond London ku....

Hari ni... kerja kerja menyiapkan sekut raya yang digemari ramai... Almond London.. dari mana nama london tu  dapat kat sekut ni pun xfaham...hohohoo
selalunya.. beli je tiap tahun.. tapi tahun ni... rasa nak buat sendiri.. setelah menjumpai resepi yang sangat sedap... ape lagi... try ler.. mmg rangup... yippiy...
sekutnya da siap.. tapi belum coating ngan cekelat jek..
yeay... tapi larat buat tuk keluarga sendiri jek la. ngn utk siblings shj.. no tempahan ok.. xlarat...:P
adun kul 6ptg.. sekali buat 2 adunan... huhuhuhu...... dpt la masuk oven 2x sebelum berbuka puasa..... pastu sambung pas berbuka tadi... la ni bru siap(11:15pm)....

ni la rupa sekut yg lum di coating lagi...


esok baru nak coating with chocolate.... wait eh....

untuk baca sambungan entry ini, sila klik di sini

= Pelangi Untuk Dia =




Wednesday, 31 July 2013

Cuti Raya... Yahoo...Da beda bedu....

Bila cakap pasal cuti raya.. mesti macam-macam kes kan..
ada yang cuti lama(lagi2 para cikgu).. sanagt best kan jadik cikgu...cuti mcm zaman sekolah2 jugak...
nak jadik cikgu tapi xde rezeki...hahahahahah:P
ada yang cuti cikit...hehehhehe....sabar na.....
i pun dapat cuti raya jugak... yeay....
7hb-11hb.... Ok la tu..walau xlama mana.. tetap happy gilers...
Thanks to my company....
Cuti raya sudah tahu... da boleh planning nak pegi beraya ni.....

= Pelangi Untuk Dia =

Tuesday, 30 July 2013

Tolong Klik...... ^_^

Pssttttt..........
i baru je daftar nuffnang ni....

sempena nak hari raya ni. i nak req kat pembaca sume....
bukan nak req wet raya...... kuih raya pun bukan...
bis... ape yang i nak???????????/
jeng jeng jeng !!!!!
i cuma nak kalu anda sume sudi nak klik pada iklan yang terdapat di belah kanan page i ini....
sape2 yang nak suh i klik iklan nuffnang dia... boleh tinggalkan link anda.. i boleh tolong klik... hihihihihi.....



= Pelangi Untuk Dia =

Baju Raya 2013

Terima kasih kepada En.Tunang yang telah membawa Cik Tunangnya ni pergi membeli baju raya malam tadi....
Jangan jeles u all...^_^.. puas hati sgt... baju raya yang cantik dan simple.. i xsuka baju yang crowded sgt ni.. suka yang simple sahaja... asalkan anggun bila memakainya... ^_^

Yeay.... Selamat Hari Raya Aidilfitri....2013... lagi 9 hari je lebih kurang tuk menyambut aidilfitri...
Tahun ni raya bergelar tunang kepada si dia.. insya'Allah.. tahun depan.. da menjadi Puan Isteri dan semoga menjadi Mama to be.....insya'Allah.. doakan yer....

= Pelangi Untuk Dia =

Udang Kara : Udang kara dah ada kawan ker??

beberapa minggu yang lalu :


mak : bila masa abah dapat udang kara lagi?
aku : ye ke mak... mana ada.... (sambil cepat2 gi tengok).. eh ye la... tetibe terkejut sbb ada 2 udang kara dalam kolah.....
mak: tapi lagi sekor dah mati..
           abah pun amik la udang yang da mati tu....

rupa-rupanya... bukan udang kara tu mati atau da ada kawan baru...
cik udang kara bersalin kulit... ^_^ yehuuuu.. daripada warna yang coklat2 tu... jadi warna biru.....
abah kata... udang kara da jadi muda... sbb dapat kulit baru..

oleh kerana macam xpercaya... gi je kerja, cepat2 aku cari info pasal udang kara ni....
baru la tau yang udang kara/ape2 sahaja yang bercengkerang akan bersalin kulit tujuannya tuk membesar....
hihihihi.. Kuasa Allah SWT...

tgk... kosong jek...
ni lah kulit yang telah meninggalkan jasad udang tersebut...hihihihi
Subhanallah... xpecah pun kulitnya.. mcm mana boleh udang tersebut keluar daru kulitnya kan... Kuasa Allah....

tadaaaaa........ Da jadi biru......^_^

to be continue...

= Pelangi Untuk Dia =




Udang Kara : Tetibe ada udang kara....

Begini ceritanya....
beberapa bulan yang lalu.. abah aku menjala ikan di parit... tapi tersangkut pulak seekor udang  kara....
pastu.. udang kara tu hidup walau dah bape jam dalam jala(xde air)... sebabnya.. abah aku ni.. balik dari menjala gi ngeteh dulu (**ngeteh tu orang kata minum2 di warung)....
bila da sampai rumah.. ternyata nyawa udang kara tersebut masih panjang.. hihihihhi....
Jadi, abah xjadi la nak siang... terus dimasukkan ke dalam kolah di dalam kamar mandi... ^_^
so... tetibe ada la udang kara di dalam kolah dikamar mandi di rumahku.... hihihi..
penah 1 hari tu mgkin air kolah terpenuh..... tetibe aku nampak kat lantai apa benda berjalan2 tu... warna2 oren coklat.. rupa2nya.... cik udang kara tu la yang berjalan sampai ke meja makan...huhuhu...
sib baik nampak..kalu tak, tetibe tgk xda je.... haru.... mak aku la yang amik dan masukkan semula ke dalam kolah.. hai cik udang kara.. nak berjalan2 ye kamu... ^_^

to be continue...

=Pelangi Untuk Dia=

Saturday, 27 July 2013

Website...

Hai hai hai....

Eh... mesti tertanya2..kenapa pulak tajuk entrynya website.....
apa pula ceritanya kan....
Jeng jeng jeng...... sebenarnya...  nak share kat u all 1 website.... ni link website tersebut.... eceli.. ni website bisness aku sendiri..hihihi

http://www.shahfizaart.com.my 


dalam website ni, ada jual macam-macam jenis keychain dari felt,pvc,bead,foam...
ada jugak desset yang hot sekarang ni.. MILKY HERSHEYS... kelihatan sgt mengiyurkan....
Boleh la sume jemput cuci-cuci mata ke laman web tersebut....

=Pelangi Untuk Dia=

Popia Nestum Horlick

Malam tadi segagahnya mata ni bertahan sampai jam 3 pagi..semata2 untuk menyiapkan tempahan popia nestum horlick kawan..  hari ni kerja pulak tu... penat.. tapi rasa berbaloi....
anyway, lots of thanks to my mum.... tolong sampai jam 1pagi... tapi pastu cepat2 suh mak tidur... love u mum... always help me....^_^ kalu buat kuih atau ape2 sahaja, my mum la jadi Quality Control(QC)..hehehehehe...
ni la rupa popia yang dah di pack 1/2kg & 1kg


harga(not excluding postage):
1/2 kg : RM14
1 kg : RM 25
ecececece..... terpromote la pulak...... rangup tau...sedap.... ^_^

=Pelangi Untuk Dia=


Friday, 26 July 2013

Nuzul Quran

Alhamdulillah... Terima kasih Allah...
Walaupun terasa penatnya semalam kerana kelas 1citizen yang berjalan...
aku tertidur seawal jam 9 lebih... tetapi, terbangun jugak bila jam hampir ke angka 2 pagi...
Syukran... dapat jugak sedikit sebanyak mengimarahkan malam yang cukup barakah ini dengan bacaan ayat-ayat suciMu Ya Allah....
Mungkin alunan bacaan dari abah jugak membantu aku terjaga dari lena... Terima kasih abah...
alhamdulillah,aku tidak terlena sehingga ke pagi sehingga meninggalkan malam yang barakah ini...
Terima Kasih Allah....

Entry pertama

Pertamanya, dalam kepala ni terfikir-fikir...
apa yang nak di type ni..
macam mana nak susun ayat ni...
maklum lah entry pertama dari 'pelangiuntukdia'... hehehehehe
ape pun, bila je blog ini di create.. akan adalah input-input yang akan dikongsi kepada semua...
xpun, untyk diri sendiri sahaja... ^_^
yer lah u all.... xtau lagi ada ke tak sudi  nak follow blog ini kan...
hmm.. xtau xtau nak tulis.. da bape patah jugak ayat tersusun kan...
ok, bye..