pelangi

pelangi
Pelangi untuk dia

Tuesday, 17 December 2013

Doa-Doa Untuk Pengantin

Doa Untuk Pengantin...

Bagi sesiapa yang mencari doa-doa pengantin untuk diletakkan di dalam kad kad jemputan, boleh la pilih mana-mana yang sesuai..:

*****

Ya Allah
Kami memohon restumu, berkatilah majlis ini,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.

*****

Ya Allah, satukanlah hati
....................&..................
dengan iman, taqwa, dan keyakinan kepadamu.
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah
yang sentiasa membantu.Mewahkanlah rezeki mereka dan
kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.
Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman
dan dipenuhi Al-Muwaddah dan Ar-Rahmah didunia dan diakhirat,
Amin Ya Rabbal Alamin

*****

Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.

*****

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami mohon doa restu-mu, berkatilah majlis kami,
Semoga ianya berjalandengan sempurna sepertimana,
yang engkau redhai dan semoga jodoh perkahwinan
ini berkekalan buat selama-lamanya
serta berbahagia di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin

*****

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Andai kau berkenan limpahkanlah kepada kami
Cinta yang Kau jadikan pengikat rindu,
Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra yang Kau
Jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
Andai semua itu tak layak bagi kami, maka
Cukuplah permohonan kami dengan redha-Mu,
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Ya Tuhanku Yang Maha Penyayang
Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan
Perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang
Amin Ya Rabbal Alamin

*****

Ya Allah Ya Tuhan kami
Satukanlah hati kedua mempelai ini
……………………………….. dengan ……………………………………
seperti engkau satukan Nabi Adam dan Hawa
dan seperti engkau satukan Nabi Yusof dan Siti Zulaika
dan seperti engkau satukan Nabi Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah
Ya Allah
Berkatilah majlis yang diadakan ini, jadikanlah pasangan ini yang berbahagia
dan berkekalan hingga ke akhir hayat dan kurniakanlah kepada mereka
zuriat yang sempurna, beriman dan beramal soleh
sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

*****




sumber gambar : google..


Tuesday, 3 December 2013

Website & geran GMBO RM1000

Hi all...
lately busy untuk menyiapkan website.. website ini khas untuk usahawan yang baru atau da lama menceburkan diri dalam bisnes online ni...

Apa yang menariknya... u all boleh apply rm1000 tau dari SKMM bila website korang da siap publish.. xperlu bayar balik.. siyesly... ini bukan pinjaman tau..  kira sebagai bantuan untuk korang kembangkan lagi bisnes korang.. terbaekk  beb...!!

tapi apa yang xbestnya... ni da bulan 12... yang mana, bulan terakhir korang nak mohon rm1000 ni..... act benda ni da start dari awal tahun lagi...  tapi lambat bertindak... adoiiii... apepun.. i da dapat.... now, help my friends n my siblings yang da ada bisnes n nak kembangkan bisness tu.... selagi belum hbis bulan 12 ni.. cepat2 la bertindak...

kalu nak ape2 info.. bleh tanya saya...^_^ saya akan bantu, in sya Allah... saya juga ada mik upah wat website tu tau.... xreti nak buat... saya sudi buatkan untuk anda... PM me ok... ^_^

ni adalah iklan nya yer.... syrt2 sume ada..  sila la tengok...hihihi... hope masih tak terlambat lg untuk anda mohon 1k ni yer... sape nak bg oooiiiii.....
tata....